Social Icons

Pages

Thursday, June 27, 2013

Islam - Siapakah Ya'juj Dan Ma'juj?

FALLEN ANGEL BERTANYA:

Apa pendapat Ustaz tentang Surah Al Kahfi Ayat 98 di bawah?

“Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar".


Memang dinding itu sudah pecah (zaman Rasulullah dah sebesar ibu jari) tapi apakah yang dimaksudkan dengan ayat 98 di atas? Kerana ada yang mengambil ayat di atas secara literal, dan ada yang mengambilnya secara metafora. Kalau kita mengambilnya secara literal, maka ayat di atas mengatakan bahawa dinding itu akan hancur luluh 'apabila datang janji Tuhanku'. Apakah pula maksud 'apabila datang janji Tuhanku'? Apakah maksudnya apabila hampirnya Kiamat?

Dalam Surah Al-Anbiya ayat 96-97:

"Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir.” 
“(Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim."


Mungkinkah dinding itu sudah pecah tetapi belum cukup untuk membolehkan Yakjuj & Makjuj keluar beramai2? Sehingga memerlukan Allah menghancurluluhkan tembok itu dengan kekuasaanNYA? Bagaimana pula dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan kaum itu telah pun muncul semula & mereka berada di kalangan kita? Sedangkan mengikut hadis, Yakjuj & Makjuj hanya akan keluar selepas matinya Dajjal di tangan Nabi Isa?

Minta pencerahan Ustaz. Semoga diskusi ini memberi manfaat kpd semua.



PENJELASAN:

Perkara ini melibatkan TAFSIR, maka saya/kita kena sangat berhati-hati. Tentang “APABILA TELAH SAMPAI JANJI TUHANKU” itu, saya tidak ada pengetahuan tentangnya. Dari sudut pandangan peribadi, janji yang dimaksudkan ialah janji Tuhan bahawa tembok itu akan musnah suatu hari nanti.

Satu lagi, JANJI YANG BENAR itu memang sangat sesuai dipadankan dengan Hari Kiamat yakni hari kehancuran. Pada hari itu, semua isi bumi musnah termasuklah tembok Yakjuj Makjuj. Cuba kita padankan JANJI YANG BENAR dengan hari kiamat/kehancuran:

“Maka apabila sudah datang HARI KIAMAT/ KEHANCURAN, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan HARI KIAMAT/KEHANCURAN adalah benar.” 

HANCUR tahap LULUH tentu saja sesuai jika disebabkan oleh hari kiamat/ kehancuran. Ini untuk menunjukkan, betapa kukuh pun binaaan Zulqarnain itu, tidak ada suatu apa pun yang selamat jika kiamat berlaku.
Wallahualam.


Yakjuj Makjuj keturunan Yafits. Yafits ialah anak Nabi Nuh. Pada zaman Zulqarnain, mereka berada di utara dari pergunungan Caucasus. Mereka jenis yang suka buat kerosakan. Penduduk di selatan pergunungan ini minta Zulqarnain tutup satu-satunya laluan ke selatan. Maka Yakjuj Makjuj kekal berada di utara pergunungan ini, di sekitar utara Laut Hitam.

Oleh kerana gagal ke selatan, mereka menyebar ke utara Eropah, Rusia dan utara China (Monggolia, Manchuria, Korea). Ketika itu secara umumnya Yakjuj dan Makjuj terpisah. Namun tembok-tembok penghalang terus saja dibina generasi demi generasi. Dari pinggir Laut Hitam, terus menganjur ke laut China. Tembok Besar China ialah salah satu dinding penghalang Yakjuj Makjuj, tetapi ia hanyalah sambungan, bukan yang asal yang diasaskan oleh Zulqarnain.

Pada zaman Nabi Muhammad, jaringan tembok ini mulai pecah. Lama-kelamaan bangsa-bangsa ganas dari utara dunia ini berjaya meloloskan diri dan membuat kekacauan di selatan. Yakjuj menyerbu dengan gagah sebagai bangsa Khazar yang berjaya menewaskan tentera khalifah. Makjuj pula turun sebagai Monggol lalu membina empayar besar hingga ke Eropah selain meruntuhkan kekhalifahan Baghdad. Yakju turun lagi sebagai tentera Salib dari utara Eropah. Dan kemudiannya turun lagi sebagai Rusia dan fahaman komunisnya. Makjuj pula turun sebagai Jepun (yang sebahagian besar tenteranya asal Manchuria). Dari semasa ke semasa mereka berjaya membuat kekacauan dan kerosakan di dunia ini.

Namun ketika itu mereka menyerbu sebagai Yakjuj DAN Makjuj, iaitu terpisah.

Selepas umat Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Zionis di Israel, atas nama Hak Asasi Manusia, PBB dan lain-lain, satu tentera bersekutu akan dibina oleh PBB. Tentera bersekutu ini ialah gabungan Amerika, Eropah, China, Rusia dan lain-lain termasuklah beberapa negara Islam sendiri. Mereka inilah Yakjuj Makjuj. Ketika itulah mereka bergerak sebagai satu kesatuan antara Yakjuj dan Makjuj. Sebelum itu mereka turun secara berasingan (iaitu Barat dan Timur). Kini anak cucu mereka turun sebagai satu kesatuan iaitu YAKJUJ DAN MAKJUJ.

Tentera Mahdi dan Nabi Isa tidak akan mampu menghadapi tentera bersekutu ini. Tetapi tentera bersekutu ini akan dimusnahkan oleh tentera Allah berupa haiwan-haiwan kecil. Wallahulam.

Begitulah pandangan saya.


Kesimpulannya, Yakjuj sudah keluar, Makjuj pun sudah keluar. Cuma mereka belum keluar sebagai Yakjuj DAN Makjuj. Yakjuj DAN Makjuj ini akan keluar selepas tentera Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Israel.


Ayat kedua yang tuan petik itu juga menggunakan kalimah FUTIHAT yang bermaksud DIBUKA/ TERBUKA. Ia belum hancur luluh. Hancur luluh tembok itu ialah ketika kiamat.


DIBUKA itu pula asalnya ialah DIBUKA YAKJUJ MAKJUJ, perkataan TEMBOK hanya tafsiran ulama. Boleh jadi ada maksud lain tentang “HINGGA APABILA DIBUKAKAN YAKJUJ MAKJUJ”.


Sumber :
www.halaqah.net













Wednesday, June 26, 2013

Islam - Imam Mahdi



Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi  ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.

 Nama Imam Mahdi

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.

Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.

 Ciri-ciri Imam Mahdi

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 

“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.

Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taat kepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji

Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.

Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah.

Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.

Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran. Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu mereka perlu melantik pemimpin utama.

Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang kebetulan namanya adalah seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.

 Kemunculan Imam Mahdi

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :

    Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata,

 "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

Tidak akan muncul seorang pemimpin (yang dikatakan Imam Mahdi) dikalangan umat Nabi Muhammad di akhir zaman sebelum kebanyakan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di bawah satu kitab(Al-Quran) memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan mereka juga mengajak dan memimpin manusia yang hendak beriman mengikut mereka melaksanakan semua perintah di dalam Al-Quran.

Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana manusia atau kerana kepentingan diri sendiri. Ini kerana mereka telah melihat banyak sekali kerosakan yang berlaku atas muka bumi hasil dari tangan-tangan manusia sendiri. Terlalu banyak pecah belah yang berlaku di kalangan manusia seperti mana yang tertulis di dalam surah Ar-Ruum ayat 32:

yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada gologan mereka


Sebagaimana yang berlaku di dalam setiap negara yang ada di muka bumi ini. Selain umat Islam berjaya dipecahbelahkan menjadi berbangsa-bangsa (wujud negara-negara) mereka juga berjaya dipecahbelahkan dengan wujudnya berbeza-beza kepimpinan di dalam sesebuah negara (wujud parti-parti politik). Dengan adanya keadaan begini semakin sukar umat Islam untuk bersatu kerana perbezaan kepentingan di dalam kelompok masing-masing.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Golongan pemimpin yang mendapat petunjuk dari Allah (Imam Mahdi) sedang berusaha menyatukan kembali perpecahan ini. Akan tetapi mereka juga tidak lari dari mendapat ujian dalam menyatukan semua manusia untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 "Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi." (HR. Muslim)

Umat Islam akhir zaman ini amat jauh dari memahami kitabnya sendiri. Kebanyakan mereka hanya menggunakan Al-Quran sekadar baca-bacaan dan tidak kurang yang menggunakan sebagai azimat. Sedang fungsi sebenar kitab itu tidak dilaksanakan sebenar-benarnya.

    Telah bersabda Rasullah s.a.w,

 "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 

 "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi(Khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan berlaku.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

 Kepemimpinan Imam Mahdi

Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.

Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.

Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

Seperti Nabi Isa, Imam Mahdi tidak pernah berkahwin.


sumber utama:

http://khalifahalhidayah.blogspot.com