HUZAIFAH bin Yaman adalah sahabat Nabi Muhammad yang mempunyai kelebihan ilmu tasawuf. Beliau mempunyai ilmu yang dapat mengetahui diri orang munafik dan sifat orang itu.
Huzaifah adalah perintis jalan membuat teori-teori ilmu tasauf. Ketinggian ilmu Huzaifah menyebabkan orang ramai yang berasa musykil datang bertanya kepadanya.
Pada suatu hari datang seorang lelaki bertanya kepada Huzaifah, "Kami dengar, kata-kata yang tuan keluarkan itu belum pernah diucapkan oleh sahabat Nabi Muhammad. Dari manakah tuan mempelajari ilmu itu?"
Huzaifah menjawab soalan itu, "Nabi Muhammad mengajar saya ilmu itu".
Huzaifah juga suka mencari ilmu. Tidak kira apa sahaja ilmu yang mahu dipelajarinya pasti didapati dengan cara yang baik. Boleh dikatakan, Huzaifah seorang yang cepat belajar dan pandai pula.
"Ramai orang yang berjumpa dengan Nabi Muhammad bertanya sesuatu perkara yang baik-baik sahaja. Tetapi saya suka bertanya mengenai perkara yang jahat-jahat. Selepas saya mengetahui perkara yang jahat itu, dapatlah saya menghindari daripada melakukan kejahatan itu," terang Huzaifah kepada orang itu dengan ikhlas.
"Mengapa kamu bertanya perkara yang jahat sahaja? Perkara yang baik bagaimana?" tanya orang itu lagi.
"Perkara yang baik-baik tidak menjadi masalah. kepada saya kerana saya suka melakukannya. Orang jahat tidak melakukan kebaikan sekiranya dia terus berada di dalam kejahatan," jawab Huzaifah lagi.
Orang yang bertanya itu kagum dengan jawapan Huzaifah dan kesungguhannya mempelajari ilmu daripada Nabi Muhammad.
Huzaifah menyambung lagi kata-katanya, "Ramai orang bertanya kepada Nabi Muhammad mengenai pahala yang mereka dapat apabila mengerjakan sesuatu perkara. Mereka terus bertanya mengenai kebaikan dan pahala daripada amalan-amalan yang mereka kerjakan.
"Tetapi saya suka bertanya mengenai perkara yang dapat mengurangkan pahala amalan itu dan apakah perbuatan yang dapat merosakkan amalan itu".
Orang yang mendengar penjelasan Huzaifah itu semakin kagum dan mendengar dengan teliti setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Huzaifah.
Huzaifah menyambung lagi kata-katanya, "Ramai orang bertanya kepada Nabi Muhammad mengenai pahala yang mereka dapat apabila mengerjakan sesuatu perkara.
"Mereka terus bertanya mengenai kebaikan dan pahala daripada amalan-amalan yang mereka kerjakan. Tetapi saya suka bertanya mengenai perkara yang dapat mengurangkan pahala amalan itu dan apakah perbuatan yang dapat merosakkan amalan itu".
Orang yang mendengar penjelasan Huzaifah itu semakin kagum dan mendengar dengan dengan teliti setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Huzaifah.
Pernah dilaporkan oleh seorang ulama terkenal mengenai Huzaifah bin Yaman. Beliau mempunyai ilmu-ilmu khusus mengenai sifat-sifat munafik.
Pernah suatu hari, Huzaifah berjumpa Nabi Muhammad dan bertanya, "Wahai Nabi Muhammad, adakah maksiat bakal menular lagi di kalangan manusia sedangkan kamu sudah menjelaskan mengenai keburukan maksiat itu kepada mereka?"
Lalu, Nabi Muhammad menjawab mengenai pertanyaan Huzaifah itu dan berkata, "Maksiat sering berlegar-legar di kalangan manusia. Ia sentiasa berlaku".
Huzaifah tidak berpuas hati dengan ilmu yang sedikit itu lalu beliau bertanya lagi kepada Nabi Muhammad, "Selepas manusia melakukan maksiat, adakah kebaikan selepas itu?"
"Wahai Huzaifah, pergilah kamu mengambil wuduk dan bacalah al-Quran. Di dalam al-Quran terdapat jawapannya. Ikutilah ajaran yang terkandung di dalam al-Quran," kata Nabi Muhammad kepada Huzaifah.
Huzaifah masih tidak berpuas hati dan beliau mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara yang diperkatakan itu.
"Wahai Nabi, beritahulah kepada saya. Adakah manusia melakukan kebaikan selepas mereka melakukan kemaksiatan?" tanya Huzaifah lagi.
"Wahai Huzaifah, kebaikan tetap ada dengan syarat orang yang melakukan maksiat itu bertaubat dan sedar kesilapan yang dilakukan," jawab Nabi Muhammad.
"Saya mahu bertanya lagi. Adakah selepas manusia membuat kebaikan dan mahu bertaubat, muncul lagi maksiat dalam dirinya?" tanya Huzaifah.
Dengan pantas, Nabi Muhammad menjawab pertanyaan Huzaifah.
"Ya, Huzaifah. Manusia cepat terpengaruh dengan manusia lain. Apabila ada manusia yang mempengaruhi manusia lain melakukan maksiat, maka maksiat berlaku lagi dan mereka hidup dalam kesesatan," jawab Nabi Muhammad.
Huzaifah juga mempunyai rahsia dan mengetahui ilmu-ilmu halus. Beliau dapat membaca fikiran dan tahap keyakinan yang tersembunyi dalam diri sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang lain. Contohnya, beliau dapat membaca fikiran Umar al-Khattab semasa Umar enggan menyembahyangkan jenazah seseorang apabila Huzaifah tidak ada bersama dalam majlis itu.
Kelebihan ilmu yang dimiliki oleh Huzaifah bin Yaman adalah anugerah yang diberikan oleh Allah kepadanya. Sifatnya yang suka menimba ilmu menjadikan Huzaifah terkenal dengan ilmu-ilmu batin yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Oleh yang demikian, kita sebagai hamba Allah seharusnya mempelajari sesuatu ilmu itu dengan bersungguh-sungguh. Ilmu yang dipelajari itu digunakan dengan sebaik-baiknya.
Sumber :
Buku Sayap Dari Syurga
Terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.
Sumber :
Buku Sayap Dari Syurga
Terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment