Social Icons

Pages

Friday, July 26, 2013

Islam - LailatulQadar



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda  : "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan."

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku."

Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.



Sumber Al-azim.com



Sunday, July 21, 2013

Share - Penjenayah Cyber




Salam sejahtera buat semua...

Arini saya nak share 1 cerita...2 hari lalu, saya update antivirus...Pastu saya scan la laptop saya...Perhh!!! Banyak gila virus...Gila btoi...Patut la smenjak 2menjak ni laptop dok buat perangai bukan2...Yang truknya laptop jadi blank (skrin hitam) lepas loading windows...



Dah jadi camtu nk buat apa lagi yang boleh? Mula tu ingat nak format ja trus...Cmna ntah dgn xsmena2 bleh trpikiaq nk connect ngan skrin TV...Bila connect tiba2 trus ada display...Siasat punya siasat, rupa2nya dia dah switch ke secondary monitor...hampeh!!! apa lagi, urut dada lega la...

Ni gara2 penjenayah cyber tu la (virus)...Lepas scan mmg berhasil...antivirus lama xupdate, bahaya...virus baru2 ni dasyat...Kita dok online tu kena beringat la, kalau antivirus lemah alamatnya abis la...


Kepada sesapa yang xda Antivirus tu, beli la...Bayaq sikit xpa...Kalau nak yang free pn ada...OK ja, saya pn guna yang free ja...Nak download klik banner di bawah..







Thursday, June 27, 2013

Islam - Siapakah Ya'juj Dan Ma'juj?

FALLEN ANGEL BERTANYA:

Apa pendapat Ustaz tentang Surah Al Kahfi Ayat 98 di bawah?

“Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar".


Memang dinding itu sudah pecah (zaman Rasulullah dah sebesar ibu jari) tapi apakah yang dimaksudkan dengan ayat 98 di atas? Kerana ada yang mengambil ayat di atas secara literal, dan ada yang mengambilnya secara metafora. Kalau kita mengambilnya secara literal, maka ayat di atas mengatakan bahawa dinding itu akan hancur luluh 'apabila datang janji Tuhanku'. Apakah pula maksud 'apabila datang janji Tuhanku'? Apakah maksudnya apabila hampirnya Kiamat?

Dalam Surah Al-Anbiya ayat 96-97:

"Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir.” 
“(Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim."


Mungkinkah dinding itu sudah pecah tetapi belum cukup untuk membolehkan Yakjuj & Makjuj keluar beramai2? Sehingga memerlukan Allah menghancurluluhkan tembok itu dengan kekuasaanNYA? Bagaimana pula dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan kaum itu telah pun muncul semula & mereka berada di kalangan kita? Sedangkan mengikut hadis, Yakjuj & Makjuj hanya akan keluar selepas matinya Dajjal di tangan Nabi Isa?

Minta pencerahan Ustaz. Semoga diskusi ini memberi manfaat kpd semua.



PENJELASAN:

Perkara ini melibatkan TAFSIR, maka saya/kita kena sangat berhati-hati. Tentang “APABILA TELAH SAMPAI JANJI TUHANKU” itu, saya tidak ada pengetahuan tentangnya. Dari sudut pandangan peribadi, janji yang dimaksudkan ialah janji Tuhan bahawa tembok itu akan musnah suatu hari nanti.

Satu lagi, JANJI YANG BENAR itu memang sangat sesuai dipadankan dengan Hari Kiamat yakni hari kehancuran. Pada hari itu, semua isi bumi musnah termasuklah tembok Yakjuj Makjuj. Cuba kita padankan JANJI YANG BENAR dengan hari kiamat/kehancuran:

“Maka apabila sudah datang HARI KIAMAT/ KEHANCURAN, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan HARI KIAMAT/KEHANCURAN adalah benar.” 

HANCUR tahap LULUH tentu saja sesuai jika disebabkan oleh hari kiamat/ kehancuran. Ini untuk menunjukkan, betapa kukuh pun binaaan Zulqarnain itu, tidak ada suatu apa pun yang selamat jika kiamat berlaku.
Wallahualam.


Yakjuj Makjuj keturunan Yafits. Yafits ialah anak Nabi Nuh. Pada zaman Zulqarnain, mereka berada di utara dari pergunungan Caucasus. Mereka jenis yang suka buat kerosakan. Penduduk di selatan pergunungan ini minta Zulqarnain tutup satu-satunya laluan ke selatan. Maka Yakjuj Makjuj kekal berada di utara pergunungan ini, di sekitar utara Laut Hitam.

Oleh kerana gagal ke selatan, mereka menyebar ke utara Eropah, Rusia dan utara China (Monggolia, Manchuria, Korea). Ketika itu secara umumnya Yakjuj dan Makjuj terpisah. Namun tembok-tembok penghalang terus saja dibina generasi demi generasi. Dari pinggir Laut Hitam, terus menganjur ke laut China. Tembok Besar China ialah salah satu dinding penghalang Yakjuj Makjuj, tetapi ia hanyalah sambungan, bukan yang asal yang diasaskan oleh Zulqarnain.

Pada zaman Nabi Muhammad, jaringan tembok ini mulai pecah. Lama-kelamaan bangsa-bangsa ganas dari utara dunia ini berjaya meloloskan diri dan membuat kekacauan di selatan. Yakjuj menyerbu dengan gagah sebagai bangsa Khazar yang berjaya menewaskan tentera khalifah. Makjuj pula turun sebagai Monggol lalu membina empayar besar hingga ke Eropah selain meruntuhkan kekhalifahan Baghdad. Yakju turun lagi sebagai tentera Salib dari utara Eropah. Dan kemudiannya turun lagi sebagai Rusia dan fahaman komunisnya. Makjuj pula turun sebagai Jepun (yang sebahagian besar tenteranya asal Manchuria). Dari semasa ke semasa mereka berjaya membuat kekacauan dan kerosakan di dunia ini.

Namun ketika itu mereka menyerbu sebagai Yakjuj DAN Makjuj, iaitu terpisah.

Selepas umat Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Zionis di Israel, atas nama Hak Asasi Manusia, PBB dan lain-lain, satu tentera bersekutu akan dibina oleh PBB. Tentera bersekutu ini ialah gabungan Amerika, Eropah, China, Rusia dan lain-lain termasuklah beberapa negara Islam sendiri. Mereka inilah Yakjuj Makjuj. Ketika itulah mereka bergerak sebagai satu kesatuan antara Yakjuj dan Makjuj. Sebelum itu mereka turun secara berasingan (iaitu Barat dan Timur). Kini anak cucu mereka turun sebagai satu kesatuan iaitu YAKJUJ DAN MAKJUJ.

Tentera Mahdi dan Nabi Isa tidak akan mampu menghadapi tentera bersekutu ini. Tetapi tentera bersekutu ini akan dimusnahkan oleh tentera Allah berupa haiwan-haiwan kecil. Wallahulam.

Begitulah pandangan saya.


Kesimpulannya, Yakjuj sudah keluar, Makjuj pun sudah keluar. Cuma mereka belum keluar sebagai Yakjuj DAN Makjuj. Yakjuj DAN Makjuj ini akan keluar selepas tentera Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Israel.


Ayat kedua yang tuan petik itu juga menggunakan kalimah FUTIHAT yang bermaksud DIBUKA/ TERBUKA. Ia belum hancur luluh. Hancur luluh tembok itu ialah ketika kiamat.


DIBUKA itu pula asalnya ialah DIBUKA YAKJUJ MAKJUJ, perkataan TEMBOK hanya tafsiran ulama. Boleh jadi ada maksud lain tentang “HINGGA APABILA DIBUKAKAN YAKJUJ MAKJUJ”.


Sumber :
www.halaqah.net













Wednesday, June 26, 2013

Islam - Imam Mahdi



Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi  ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.

 Nama Imam Mahdi

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.

Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.

 Ciri-ciri Imam Mahdi

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 

“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.

Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taat kepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji

Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.

Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah.

Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.

Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran. Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu mereka perlu melantik pemimpin utama.

Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang kebetulan namanya adalah seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.

 Kemunculan Imam Mahdi

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :

    Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata,

 "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

Tidak akan muncul seorang pemimpin (yang dikatakan Imam Mahdi) dikalangan umat Nabi Muhammad di akhir zaman sebelum kebanyakan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di bawah satu kitab(Al-Quran) memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan mereka juga mengajak dan memimpin manusia yang hendak beriman mengikut mereka melaksanakan semua perintah di dalam Al-Quran.

Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana manusia atau kerana kepentingan diri sendiri. Ini kerana mereka telah melihat banyak sekali kerosakan yang berlaku atas muka bumi hasil dari tangan-tangan manusia sendiri. Terlalu banyak pecah belah yang berlaku di kalangan manusia seperti mana yang tertulis di dalam surah Ar-Ruum ayat 32:

yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada gologan mereka


Sebagaimana yang berlaku di dalam setiap negara yang ada di muka bumi ini. Selain umat Islam berjaya dipecahbelahkan menjadi berbangsa-bangsa (wujud negara-negara) mereka juga berjaya dipecahbelahkan dengan wujudnya berbeza-beza kepimpinan di dalam sesebuah negara (wujud parti-parti politik). Dengan adanya keadaan begini semakin sukar umat Islam untuk bersatu kerana perbezaan kepentingan di dalam kelompok masing-masing.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Golongan pemimpin yang mendapat petunjuk dari Allah (Imam Mahdi) sedang berusaha menyatukan kembali perpecahan ini. Akan tetapi mereka juga tidak lari dari mendapat ujian dalam menyatukan semua manusia untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 "Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi." (HR. Muslim)

Umat Islam akhir zaman ini amat jauh dari memahami kitabnya sendiri. Kebanyakan mereka hanya menggunakan Al-Quran sekadar baca-bacaan dan tidak kurang yang menggunakan sebagai azimat. Sedang fungsi sebenar kitab itu tidak dilaksanakan sebenar-benarnya.

    Telah bersabda Rasullah s.a.w,

 "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 

 "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi(Khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan berlaku.

    Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

 "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

 Kepemimpinan Imam Mahdi

Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.

Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.

Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

Seperti Nabi Isa, Imam Mahdi tidak pernah berkahwin.


sumber utama:

http://khalifahalhidayah.blogspot.com













Thursday, May 9, 2013

Biz - Rawatan Resdung Warisan Utara




Saya menawarkan produk berubat resdung yang berasaskan herba terpilih. Terdapat 9 jenis produk yang ditawarkan :

1. Serbuk Herba Resdung
    Kegunaan            : Untuk mengeluarkan lendir resdung melalui rongga hidung, mematikan                                      kuman serta melapangkan rongga hidung.
    Cara penggunaan : a) Celupkan putik kapas ke dalam serbuk herba resdung.
                                 b) Masukkan putik kapas tersebut ke dalam rongga hidung.
                                 c) Sedut serbuk herba.
                                 d) Tunduk dan tunggu sehingga keluar lendir resdung selama lebih kurang 10-15minit.
                                 e) Untuk mendapatkan hasil yang baik, lakukan rawatan sebanyak 2kali.
    Harga                  : RM 30

2. Air Herba Pencuci Telinga
    Kegunaan            : Untuk melagakan gatal2 dalam telinga, telinga berair, pendengaran kurang jelas,
                                 mencuci serta mematikan kuman dlam telinga.
    Cara penggunaan : a) Titiskan air herba pencuci telinga pada putik kapas.
                                 b) Masukkan ke dalam telinga.
                                 c) Akan terdapat bunyi dalam telinga, tunggu sehingga habis bunyi.
                                 d) Tanggalkan putik kapas setelah habis bunyi.
    Harga                  : RM 10

3. Air Herba Anti Resdung
    Kegunaan            : Melegakan selsema, hidung tersumbat, nafas berbau serta menghalang pembiakan
                                 kuman.
    Cara penggunaan : a) Titiskan air herba anti resdung pada putik kapas.              
                                 b) Masukkan putik kapas ke dalam rongga hidung.
                                 c) Tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut.
                                 d) Ulangi beberapa kali dan tanggalkan putik kapas.
    Harga                  : RM 10

4. Air Terapi Mata
    Kegunaan            : Merawat permasalahan mata rabun, gatal2 pada mata, mata merah serta penglihatan
                                 kurang jelas.
    Cara penggunaan : a) Titiskan air terapi mata pada mata sebanyak 2 titis.
                                 b) Pejamkan mata dan gerakkan mata ke kiri dan ke kanan berulang kali.
    Harga                  : RM 10

5. Sabun Herba
    Kegunaan            : Dapat mengurangkan masalah jerawat, jeragat, muka berminyak, gatal-gatal serta
                                 kelemumur. Boleh digunakan pada seluruh anggota badan. Untuk hasil yang lebih baik
                                 mestilah digunakan bersama Bedak Herba.
    Cara penggunaan : a) Sapu sabun pada muka.
                                 b) Bilas dengan air bersih.
                                 c) Bagi anggota lain, gunakan seperti sabun biasa.
    Harga                  : RM 10

6. Bedak Herba
    Kegunaan            : Dapat mengurangkan masalah jerawat, jeragat, muka berminyak, gatal-gatal,
                                 menanggalkan sel-sel mati serta merawat tisu-tisu pada muka.
    Cara penggunaan : a) Bersihkan muka sebersih-bersihnya (dicadangkan menggunakan sabun herba
                                     resdung)
                                 b) Goncang bedak terlebih dahulu.
                                 c) Sapukan pada muka.
                                 d) Amalkan setiap hari sebelum tidur.
    Harga                  : RM 10


7. Pil Herba Resdung
    Kegunaan            : Mengurangkan masalah resdung, dapat menghalang pembiakan bakteria serta
                                 membantu mengurangkan masalah alahan.
    Cara penggunaan : Makan 3 kali sehari mengikut dos yang ditetapkan.
    Harga                  : RM 30


8. Aroma Terapi
    Kegunaan            : Melegakan hidung tersumbat, pening kepala, serta melancarkan pernafasan.
    Cara penggunaan : a) Sapukan sedikit di tapak tangan
                                 b) Sedut lembut beberapa kali.
    Harga                  : RM 10


Promosi !!! Set lengkap rawatan resdung (tak termasuk pil herba) kini hanya RM80 sahaja !!!




Harga yang dinyatakan tidak termasuk kos penghantaran.
Bagi pembelian borong, sila hubungi saya untuk harga yang lebih menarik.
Saya juga menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen kami.
Untuk tempahan : SMS/Whatsapp/WeChat  0125969296 (Ismail)
                            E-mail : ismailtalib83@gmail.com