10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam
yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini
adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan
Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara
satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis
Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada
malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu
Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu,
para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk
setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya
lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut
diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi
s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah
menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam
pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari
Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah
selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat
kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah
bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun
membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik
daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar
kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam
menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah
pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan
hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun
bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan
Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan
membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud
bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w.
menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat
itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis
yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar
dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia
beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang
terdahulu."
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang
menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan
Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk
menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada
Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan
bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada
bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar
pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan
Ramadhan."
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23,
25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa
hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman
Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23
Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w.
menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar
supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam
Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas
dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari
satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari
bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu
tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10
malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara
itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang
diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di
akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa
yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang
berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau
sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah
salah silafku."
Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim
ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan
mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih
bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada
malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa
tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan
itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang
penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu
adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata
dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di
malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu
taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat
berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia
melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang
gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan
kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk
pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa
semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak
disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam
Lailatulqadar.
Sumber Al-azim.com